Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Laman Web Rasmi Kelab Badminton Al-Mizan...
Kelab Badminton Al-Mizan merupakan sebuah kelab badminton yang ditubuhkan bertujuan untuk merapatkan lagi tali silaturrahim yang telah terjalin di antara para ahli.
Dengan kewujudan kelab ini, pelbagai aktiviti kemasyarakatan dapat dijalankan bersama-sama. Di antara aktiviti yang pernah dijalankan ialah Hari Keluarga, sambutan Hari Raya Aidilfitri, gotong-royong dan sebagainya.
Ahli-ahli kelab ini terdiri daripada para penduduk yang tinggal di sekitar Taman Alam Megah, Shah Alam. Kelab ini telah banyak berubah berbanding awal penubuhannya. Sebagai contoh, kelab ini telah menubuhkan pelbagai biro-biro dan di antaranya ialah Biro Sains dan Teknologi yang ditugaskan untuk menguruskan laman web ini.
Oleh itu, adalah diharapkan agar para pelawat dapat mengenali kelab ini dan sekiranya anda ingin berlawan dengan mereka, sila klik pada link Perlawanan dan sila isi borang pada halaman tersebut.
Jangan lupa untuk mengisi buku tetamu kami yang diberi nama Guest Map. Ia sangat interaktif!